
Terima kasih HeartBeat kerana menghasilkan hadiah kenangan UNIK sempena Ulangtahun kedua perkahwinan kami yang akan dikenang sepanjang masa bukan sahaja kepada kami berdua malahan kepada anak cucu kami nanti dan juga kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai.
Photo Rock Big Door Shaped antara hadiah terbaik pernah kami miliki, ianya besar, cantik, teguh dan kukuh. Bukan sahaja saya menyukainya malahan suami saya turut memuji keindahan Photo Rock tersebut. Terima kasih sekali lagi kepada HeartBeat kerana menjadikan Ulangtahun Perkahwinan kami lebih bermakna dengan hadiah ini. Love U HeartBeat!
Selain itu, penghantaran yang diambil untuk sampai ke tangan saya hanya dalam masa 1 hari SAHAJA selepas pengesahan dibuat membuatkan saya rasa terkejut dan sangat teruja. Dengan pembungkusan yang sangat kemas pastinya akan selamat sampai ke tangan dalam keadaan baik tanpa retak mahupun pecah. Saya amat berpuas hati dan pastinya akan terus yakin dengan HeartBeat dan tidak mustahil akan terus mengulang tempahan barangan lain pula dengan HeartBeat selepas ini.
Setakat ini saya telah menempah barangan dari HeartBeat adalah sebanyak 3 kali, dan tak mustahil ianya akan berterusan lagi dari saya selepas ini. Pelbagai pilihan boleh didapati dengan HeartBeat, bukan setakat untuk golongan dewasa malahan terdapat juga untuk kanak-kanak. Semua barangan dalam lingkungan mampu milik untuk sesiapa sahaja kerana dengan pelaburan yang dibuat pastinya akan memperolehi pulangan yang berbaloi iaitu kepuasan dengan barangan yang diperoleh. Dan yang penting tidak rugi berbelanja dengan HeartBeat kerana sebagai ahli HB!Affiliate, kita akan memperolehi diskaun harga selain mendapat juga hasil melalui pembelian yang telah dibuat.
Pihak HeartBeat juga memproses barangan dengan cepat, dalam tempoh 24jam selepas membuat tempahan dan bayaran, kita akan memperolehi DRAFT. Selepas berpuas hati dengan corak yang dihasilkan dan membuat pengesahan, barangan tersebut akan sampai dalam tempoh 1-2 hari sahaja. Cepat, Cantik dan Mesra adalah tagline saya untuk HeartBeat, tahniah diucapkan dan semoga HeartBeat akan terus menghasilkan pelbagai corak dalam usaha memenuhi kepuasan pelanggan.

From: Nor MJ
To customize a memorable gifts for your friends, family and your loved one, please visit www.heartbeat.my ~Enjoy it !!!









