Hari tu masa ada discount t-shirt saya beli sehelai sebagai hadiah kepada kawan sempena majlis pertunangan dia.
Selepas melihat draf yang dihantar, saya minta untuk ditambah lagi dua patah perkataan sebab masa order ruangan untuk message dia terhad. Nasib baik dapat.
Selepas ditambah perkataan yang baru, diaorang menghantar draf sekali lagi. Disebabkan saya sedang bermesyuarat dan agak lambat mereply email dari Heartbeat, diaorang menghantar msg ke handphone. Selesai mesyuarat saya terus check email dan lihat draf kemudian terus reply untuk diaorang proceed dengan printing.
Tidak lama kemudian saya mendapat email mengatakan barangan kiriman sudah dikirim dan akan mengambil masa lebih kurang 3 hari bekerja untuk sampai.
Selepas penghantaran, diaorang follow up lagi dengan saya tentang barangan yang dipost sama ada sudah diterima atau belum. Disebabkan saya menghantar terus ke alamat kawan, jadi diaorang menghubungi kawan saya.
Penghantaran memang mengambil masa lebih kurang 3 hari sebab kawan saya menerima barang tersebut pada 11 April 2011.
Terima kasih kepada staf Heartbeat yang mesra pelanggan dan membuat follow up tentang penerimaan barang kepada penerima.
Terima kasih juga kerana menyediakan perkhidmatan hadiah yang unik kerana kawan saya sangat gembira mendapat hadiah tersebut.
Daripada:
Nazurah Zahidah Umar Baki
To cuztomize a memerable gifts for your lovely friends, please visit www.heartbeat.my! Enjoy it ^^ ~